x: STEAM

STEAM

Program STEAM 


Pada 25 Februari 2018, program STEAM iaitu Science, Technology, Engineering, and Maths telah diadakan di Perpustakaan Sultan Ismail. Separuh daripada kami pelajar 2SPPH telah terlibat sebagai sukarelawan untuk mengendalikan aktiviti di booth pertanian di bawah bimbingan Dr. Nur Husna.
Pada pendapat kami, program seperti ini sangat bagus kerana dapat menarik minat pelajar serta mendedahkan pelajar dengan kemahiran.

 
Aktiviti yang kami jalankan di booth tersebut ialah aktiviti menanam anak pokok serta kuiz teka biji benih. Peserta yang terlibat ialah dikalangan pelajar sekolah rendah pada sesi pagi dan pelajar sekolah menengah pada sesi petang.

Stesen dibahagikan kepada lima mengikut proses.

Stesen pertama : Ambil cawan
Setiap pelajar diberi satu cawan yang bertulis nama mereka.

Stesen kedua : Masukkan medium
Mereka diajar cara untuk membuat medium semaian dan mereka mengisi ke dalam cawan. 

Stesen ketiga : Pindahkan anak pokok

Kami menerangkan cara untuk memindahkan anak pokok dengan betul serta mereka cuba untuk memindahkan sendiri anak pokok ke dalam cawan yang mereka dapat.
 
Stesen keempat : Siram

Pelajar-pelajar tersebut menyiram pokok yang telah ditanam oleh mereka dan mereka dibenarkan membawa balik pokok tersebut.

Stesen kelima : Kuiz

Terdapat beberapa biji benih yang perlu diteka oleh pelajar dan mereka mendapat ganjaran jika berjaya menjawab dengan betul.



Pada hari tersebut juga terdapat pameran tanaman akuaponik. Pameran ini sangat sangat menarik dan ramai pelajar yang teruja melihat pameran itu.
Akuaponik adalah teknologi yang akan menggabungkan aktiviti ternakan ikan (Fish culture) dengan jenis tanaman di dalam sistem pusingan air (Circulation). Kitaran air ini mengandungi bahan nutrisi atau air baja dimana ia dikeluarkan oleh ikan atau yang dihasilkan oleh organisma mikrob bahan organik.

selain itu, terdapat juga pameran percambahan biji benih. Dengan adanya bahan ini, pelajar lebih memahami proses percambahan biji benih tersebut.





No comments:

Post a Comment