Amali Minggu Ke-2:
- Menggembur tanah
- Membuat batas
Sebelum melakukan aktiviti mengikut perancangan amali mingguan, kami diberikan tugasan bergotong-royong mengemas kawasan rumah hijau yang terbiar. Kami difahamkan bahawa rumah hijau tersebut digunakan untuk tujuan penyelidikan pada sebelum ini. Kami telah dibahagi kepada 2 kumpulan.
Kumpulan pertama perlu membuka kain net yang digunakan sebagai pagar dan bumbung pada rumah hijau tersebut. Ahli kumpulan yang lain pula ditugaskan mengalihkan pasu kosong ke kawasan yang strategik serta perlu mengcungkil lapisan lumur yang ada pada permukaan lantai.
Setelah selesai aktiviti bergotong royong, kami perlu menyediakan medium untuk digunakan semasa Karnival STEAM. Encik Faridz telah memberikan penerangan kepada kami tentang cara penyediaan medium yang betul. Medium 3:2:1 yang digunakan merupakan nisbah bagi tanah asar, bahan organik (bahan organik yang kami gunakan ialah taik ayam) dan pasir. Formula ini sesuai untuk digunakan bagi pelbagai jenis tanaman sayuran, buah dan bunga.
Tanah atas berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok.
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah. Bahan organik adalah daripada mana-mana najis haiwan ternakan yang bersifat herbivor.
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini akan memberi ruang pada akar untuk berkembang dengan baik dan menyerap oksigen dengan baik.
Cara Penyediaan Medium
1. Tanah atas
2. Baja Organik (Tahi ayam)
3. Pasir
4. Gaulkan kesemuanya secara rata.
Seterusnya, kami dikehendaki menyambung tugasan pada minggu lepas. Minggu lepas batas telah ditabur dengan baja jenis CIRP dan digembur sekali lagi. Pada minggu ini, batas perlu ditabur dengan baja jenis NPK pula sebelum digembur lagi sekali. Nama NPK diambil bersempena acronym bagi Nitrogen, Phosporum dan Kalium (Potassium).
Baja NPK ini boleh membantu menyihatkan lagi sayuran yang akan ditanam. Peratusan yang stabil menjadikan baja ini antara baja yang sering digunakan bagi tujuan penanaman.
p/s: baja ini bersifat kimia.
Sukatan sebanyak 3 gayung digunakan bagi menutupi keseluruhan permukaan batas.
No comments:
Post a Comment