x: Amali Minggu 3

Amali Minggu 3

Aktiviti yang dilaksanakan pada minggu ini :
  • Menanam Kangkung Kaedah Hidroponik
  • Menanam biji benih pada batas


Pada minggu ini, kami telah belajar bagaimana cara menanam kangkung dengan menggunakan kaedah hidroponik. Kaedah penanaman hidroponik adalah satu kaedah yang sangat dan mempunyai kualiti penanam yang lebih bagus berbanding tanaman yang ditanam dengan menggunakan medium tanah sahaja.

Semasa kelas minggu ini, penerangan telah diberikan oleh Puan Salina mengenai cara pemindahan yang perlu dilakukan. 
 

Berikut merupakan langkah-langkah pemindahan :


Masukkan kapas kedalam bekas 



Sediakan air untuk membersihkan Cocopit  



Leraikan akar-akar daripada cocopit. Langkah ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan dengan lembut bagi memastikan akar tidak tercabut.  



Kemudian bersihkan cocopit pada akar tadi dengan mencelup ke dalam air.









 

 Bagi penanaman hidroponik baja yang digunakan adalah baja Alaska. 




Perpindahan Kangkung dengan mengunnakan Kaedah Hidroponik selesai dijalankan.





Aktivti seterusnya diteruskan dengan penanaman biji benih. Taklimat mengenai cara penanam biji benih di atas batas telah diberikan oleh Encik Faris. Beliau telah menerangkan kepada kami beberapa jenis biji benih sayuran yang akan ditanam oleh kami serta bagaimana cara untuk menyemai biji benih.


Waktu yang sesuai untuk proses menyemai biji benih adalah waktu yang tiada pencahayaan matahari yang kuat. waktu yang paling sesuai untuk menyemai biji benih adalah sekitar jam 6-7 pagi atau petang. Jika dilakukan ada waktu panas, pembesaran tanaman akan terbantut atau tidak menjadi.

Kami telah ditugaskan untuk menanam 2 jenis sayuran pada setiap batas. Satu paket biji benih perlu dicampurkan dengan 5 sudu pasir sebelum ditanam.




Biji benih sayur dan pasir yang telah digaul sebati.

Kami dikehendaki menyediakan empat alur untuk satu batas sayuran. Ukuran jarak alur tersebut lebih kurang sejengkal. mengikut kesusaian. Dua alur disediakan untuk setiap satu jenis benih sayur.



Taburkan bijih benih kedalam alur dan ditutup semula dengan tanah.


Selesai aktiviti menyemai benih, batas perlu ditutup dengan kain net hitam bagi melindungi biji benih

No comments:

Post a Comment