x: Amali MInggu 1

Amali MInggu 1

Aktiviti Minggu Amali 1:
- Pengenalan peraturan dan keselamatan padang.
- Taklimat aktiviti amali dan projek
- Pembahagian kawasan
- Pembersihan kawasan 

Untuk tugasan pertama pada minggu pertama, kami dikehendaki mengemas kawasan batas masing-masing. Kami menggunakan batas yang sama yang telah digunakan oleh pelajar semester lepas.
Pemilihan tapak ini merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum memulakan sesi penanaman. Antara ciri pemilihan tapak yang baik ialah:
  • Tanah yang digunakan mestilah sesuai untuk menanam sayur.
  • Kawasan tersebut mempunyai sumber air untuk penyiraman dan mencuci.
  • Mempunyai kemudahan insfrastruktur
  • Jauh dari gangguan perosak dan penyakit
  • Kawasan lapang yang terdedah dengan cahaya matahari.

Kami telah mengalihkan papan penghadang tapak yang berada disekeliling batas bagi memudahkan kerja pembersihan tapak. 
Ukuran sebenar bagi penghadang batas ini ialah 10 x 5 kaki. 
Seterusnya kami perlu menggembur tanah batas masih-masing menggunakan cangkul. Aktiviti ini memerlukan tenaga yang banyak dan kaedah yang betul bagi mendapatkan kedalaman tanah yang ingin digembur. 
Kami telah menyediakan batas kami dengan membuang rumpai dan batu batan yang ada pada permukaan tanah.
Kedalaman cangkulan tanah mestilah diantara 1kaki atau setengah kaki, bersamaan 12 inci atau 6 inci. 

Encik Abang mengajar kami kaedah mencangkul dengan mudah dan betul. Kami dikehendaki menterbalikkan tanah sedalam 25cm-30cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai. Tanah yang digembur perlu dijadikan lebih halus untuk memperbaiki saliran, membolehkan akar menjalar dan pengudaraan tanah. 

Setelah selesai menggembur tanah, kami perlu menabur baja kimia iaitu  baja yang dihasilkan daripada kilang melalui proses kimia, percampuran atau sebatuan yang diberikan kepada tanaman bagi memenuhi keperluan tanaman tersebut.
Baja yang kami gunakan ialah baja CIRP iaitu baja tunggal dan unsurnya ialah Phosphate.
Penggunaan baja CIRP sebelum menanam pokok ialah untuk mempercepatkan pertumbuhan akar pokok. 

Batas yang telah ditaburkan dengan baja CIRP perlu disiramkan dengan air bagi memudahkan penyerapan baja pada tanah. 
Aktiviti 2
Untuk aktiviti kedua, kami perlu menyediakan sebanyak 200 anak pokok tomato untuk diberikan kepada pelajar sewaktu Karnival STEAM yang akan berlangsung pada 25 Febuari 2018. 
Puan Salina telah memberikan sedikit penerangan tentang cara menyemai anak benih tomato dan beberapa tips berguna.
Puan Salina telah menerangkan mengenai peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menyemai pokok. Antara bahannya ialah tray semaian  benih, bekas lapik tray semaian, medium dan jenis biji benih.
Cara untuk memasukkan coco peat dalam tray semaian.
Cara untuk memasukkan biji benih ke dalam medium semaian.
Medium semaian yang digunakan untuk anak benih tomato adalah daripada medium coco peat.  Selain itu, medium semaian juga boleh daripada tanah.
Tips : Medium yang mempunyai semut atau serangga tidak boleh digunakan untuk semaian kerana semut tersebut akan memakan biji benih yang ditanam.
coco peat perlu diisi dalam tray semaian dan tidak boleh memampatkannya kerana untuk memudahkan pergerakan akar pokok.
Lubang perlu dibuat pada medium dengan kedalaman 4 kali ganda lebar biji benih, kemudian masukkan biji benih tersebut dan tutupkan dengan medium.
Masukkan hanya satu biji benih dalam setiap lubang tray semaian.
Biji benih yang digunakan ialah biji benih tomato.
Setelah proses semaian siap, tray semaian diletakkan dalam bekas yang boleh mengisi air.
Kemudian isikan air dalam bekas tersebut hingga mencecah paras setengah daripada tray tersebut.
Coco peat ini akan menyerap air tersebut.
Cara siraman yang sesuai ialah menggunakan penyembur atau dengan cara diatas.
Pada peringkat ini, siraman tidak boleh dibuat secara terus kerana ia akan menyebabkan biji benih tersebut lari dan membantutkan proses pembiakan. 

No comments:

Post a Comment