Pada minggu ini, kami telah diajar untuk membuat racun serangga organik. Racun serangga organik ini tidak mempunyai bahan kimia seperti racun serangga yang digunakan sebelum ini. Sebelum ditugaskan untuk membuat sendiri racun serangga ini, Puan Salina telah memberikan sedikit taklimat serta cara membuatnya. jadi mari kita lihat bahan yang digunakan dan langkah-langkahnya.
BAHAN-BAHAN
6-7 batang cili merah
Satu labu Bawang Putih
Cuka buatan
LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN
1. 6 biji cili merahdibuang batang dan dicincang.
2. 1 biji labu bawang putih dibuang kulit dan dicincang.

3. Kisar dua-dua bahan dengan air sebanyak 300ml.

4. Kemudian tapis kedua-dua bahan dan masukkan air sebanyak 200 ml. Selesai menjadi pati racun serangga.
Semasa hendak menggunakan perlu ditambah 1 sudu cuka buatan dan 1 sudu sabun sebagai pelekat. Kemudian, campuran tersebut digaul rata baru boleh digunakan untuk semburan pada tanaman.
Antara kelebihan racun serangga organik ini adalah ianya tidak menimbulkan masalah jika terkena pada tumbuhan dan tanaman serta masih selamat untuk dimakan, namun begitu racun serangga organik ini keberkesanannya kurang bagi menghalau serangga berbanding racun bahan kimia.
SERANGGA PEROSAK


Berikut merupakan antara contoh serangga perosak yang sering menyerang tumbuhan yang ditanam. Bagi mengelak daripada tumbuhan terus rosak, boleh gunakan racung serangga organik tadi sekurang-kurangnya kerosakan pada tumbuhan dapat dikawal dan dapat menghalau dari terus merosakkan tanaman 😊😊😊
No comments:
Post a Comment