
😍😍 CANTIKKKKKNYAAAAAA POKOK NIIII 😍😍
😆MACAM MANA SATU POKOK BOLEH ADA BANYAK WARNA BUNGA YANG BERBEZA? 😆
Tumbuhan di atas merupakan hasil daripada pembiakan cantuman baji. Apakah itu cantuman baji ???
CANTUMAN BAJI ???
💙 cantuman baji ialah pembiakan yang dihasilkan secara cantuman tunas bakanya dan pokok penanti diptong dalan bentuk V dan dicantum kedua-duanya.
💙 Tujuan - untuk menvariasikan tumbuhan dengan bunga-bunga yang pelbagai warna 💓
Tumbuhan yang sesuai untuk Cantuman Baji
Tumbuhan yang sesuai untuk keratan batang dan tumbuhan yang berbunga
video dibawah menunjukkan cara cantuman baji dilakukan untuk pokok berbuah iaitu pokok mangga
Pada kelas amali minggu ini, kami juga mencuba untuk melakukan cantuman baji bagi pokok-pokok bunga yang terdapat di sekitar ladang UTM.
ALATAN

Plastik

Pisau Lipat

Pita Parafelum
LANGKAH-LANGKAH
Pilih pokok yang sesuai untuk membuat cantuman baji. Pokok yang dipilih mestilah jenis pokok yang sama tetapi mempunyai warna bunga yang berbeza. Potong dahan pokok yang telah dipilih dengan menggunakan pisau.
Buang daun-daun yang terdapat pada dahan pokok
Potong bentuk tirus bahagian hujung dahan yang telah dipotong
Semasa memotong tirus bahagian bawah dahan perlulah berhati-hati menggunakan pisau yang tajam.
Kemudian buat belahan pada dahan pokok yang lain
Selepas itu untuk masukkan dahan yang telah dipotong tirus tadi.
Balut cantuman tadi dengan menggunakan pita parafelum dengan keadaan menegak dan tidak longgar.
Pucuk berada di atas dan tidak dibuang.
Akhir sekali, masukkan plastik aiskrim untuk melindungi cantuman daripada tertnggal akibat daripada angin/hujan.
SELAMAT MENCUBA ! 😃
No comments:
Post a Comment