x: Amali Minggu 10

Amali Minggu 10


Aktiviti di ladang pada minggu ini 

Penanam Pembiakan Secara Aseksual. 






Pembiakan secara aseksual mempunyai banyak kaedahnya. Pada minggu ini, kami telah diberi tugasan untuk membuat penanaman secara aseksual iaitu tanaman secara keratan batang, umbisi (tuber) , stolon dan bebawang.

Keratan Batang
  • Untuk keratan batang, batang perlu dipotong secara serong untuk menentukan bahagian bawah batang. 
  • Pada batang tidak perlu ada banyak daun, perlu dipotong daun supaya tumbesaran akar lebih cepat. Hal ini kerana, jika terdapat banyak daun, nutrien akan diambil oleh daun.
  • Ambil penggalak akar dan celupkan batang bahagian yang ingin ditanam.
  • Buat lubang kemudian masukkan batang pokok. 



Pembiakan secara keratan batang

Nota Tambahan : Penggalak akar yang digunakan adalah seradix. Terdapat tiga jenis penggalak akar mengikut nombor yang ada pada botol. Nombor 1 adalah untuk batang lembut, Nombor 2 untuk batang sederhana dan Nombor 3 untuk batang keras. Ajinomoto boleh digunakan sebagai penggalak akar. 

Umbisi


Ubi kentang 

Bebawang 

  • Tanam sahaja bawang ke dalam tanah.
  • Pastikan bahagian akar bawang yang ditanam ke dalam tanah. 


Bawang Merah 

Stolon
  • Kaedah stolon ini sesuai dilakukan pada tumbuhan yang melayap. 
  • Ianya berada di atas permukaan tanah.
  • Akar tidak membengkak




Kemudian, kerja kerja merumpai dan penjagaan batas untuk sayur kailan dilakukan. 


No comments:

Post a Comment